Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar hari ini menafikan beliau memberikan Kelulusan Permit (AP) bagi mengeksport pasir sungai secara rundingan terus kepada empat syarikat yang didakwa milik kroninya.
Dr. Xavier Jayakumar

PUTRAJAYA – Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar hari ini menggesa calon-calon yang bertanding pada pemilihan parti itu agar berhenti terbabit dalam politik yang tidak sihat dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan liar serta saling mengkritik.

Jayakumar yang mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti bermula 14 Sept hingga 13 Okt itu berkata ini termasuk tindakan calon-calon yang kini mula mengeluarkan kenyataan menggunakan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang jawatan presiden parti tanpa bertanding.

“Akhbar hari ini melaporkan mereka yang sedang berkempen untuk diri sendiri mendakwa Anwar mempunyai (calon) pilihan. Saya fikir ini suatu yang nakal,” kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu ketika ditemui pada Jamuan Tengah Hari bersama Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, di sini hari ini.

Beliau mendakwa pemimpin akar umbi juga tidak selesa dengan situasi apabila calon saling menghentam dan mengkritik.

Katanya mereka yang mengintai jawatan tinggi dalam parti seharusnya berkempen dengan kekuatan mereka dalam parti.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast