ringgit
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini ketika minat para pelabur terhadap unit tempatan itu berikutan pemulihan sentimen di peringkat global walaupun harga minyak mentah mengalami penurunan.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada paras 4.0920/0960 berbanding dolar AS daripada 4.1030/1070 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata dolar AS tinggi berikutan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell pada Jumaat mengenai kemunginan menaikkan kadar faedah pada bulan depan.

“Ini meningkatkan minat risiko terhadap mata wang negara sedang pesat membangun termasuk ringgit,” katanya.

Sementara itu, prestasi ringgit adalah bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.2590/2658 daripada 5.2668/2723 pada Jumaat lepas namun tinggi berbanding yen pada 3.6799/6844 daripada 3.6851/6887.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9980/3.0027 daripada 2.9950/9980 dan turun berbanding euro kepada 4.7598/7661 daripada 4.7502/7553.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast