KUALA LUMPUR –  Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pagi ini, menerbalikkan keuntungan semalam disebabkan minat risiko lemah walaupun berlaku kenaikan harga minyak, kata peniaga.

Pada jam 9.04 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 6.31 mata lebih rendah kepada 1,820.59 daripada penutup Selasa iaitu 1,826.9.

Indeks dibuka 5.04 mata lebih lemah kepada 1,821.86.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 140 berbanding 118, dengan 158 kaunter tidak berubah, 493 tidak berubah dan 68 lagi digantung.

Jumlah pasaran berada pada 162.22 juta saham bernilai RM71.45 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast