ISTANBUL – Mata wang Lira Turki semakin lemah dalam dagangan hari ini disebabkan ketidakpastian mengenai kemajuan dalam ketegangan antara negara itu dan Amerika Syarikat (AS).

Lira didagangkan pada 6.3 kepada dolar pada 0547 GMT, berbanding penutupan pada 6.2625 pada hari Selasa.

Mata wang itu telah kehilangan kira-kira 40 peratus daripada nilainya berbanding dolar tahun ini disebabkan oleh jualan yang berlarutan.

Hubungan Amerika Syarikat dan Turki tindakan Ankara menahan seorang paderi kerana disyaki terlibat menggulingkan kerajaan. – MalaysiaGazette