KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mesra sepentas dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.
Kemunculan pertama secara umum Anwar Ibrahim bersama calon Timbalan Presiden PKR itu nyata menarik perhatian media.
Kedua-dua rakan baik itu ditemukan di pentas Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Anwar yang hadir kemas mengenakan sepersalinan busana Melayu berona biru muda dilihat berbual mesra dengan Azmin di atas pentas sambil diperhatikan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Radzi Jidin.
Bakal Perdana Menteri itu akan merasmikan majlis penutup Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 selepas ia dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Awal Ogos lalu, tersebar satu audio mirip Anwar yang didakwa mengkritik keras Azmin dan Dr Mahathir.
Ia muncul ketika wujud spekulasi mendakwa Mahathir dan sekutunya cuba menekan kemajuan politik Anwar, bakal penggantinya untuk jawatan perdana menteri.
Antara lain, rakaman itu menunjukkan suara (bawah) seorang yang mirip Anwar menyifatkan Azmin, menteri kanan dalam kabinet, sebagai “barua Mahathir”.
Menjelang pemilihan PKR 2018, nama Azmin agak panas apabila beliau didakwa bukan berada dalam kem Anwar apabila seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mencabar Azmin. -MalaysiaGazette
orang politik tak bolih duduk dekat² mesra2 akan jadi umpatan . kenapa ye? ?!