Pengasas Super Scrub Beauty (SSB), Norain Ngah.

KUALA LUMPUR – Ain Alieya Resources, pengeluar produk lulur cengkih tidak akan menaikkan harga produknya iaitu Super Scrub Beauty (SSB) walaupun pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula hari ini.

Pengasasnya, Norain Ngah berkata, pihaknya sanggup menyerapkan kos selepas pihak kilang menaikkan harga bekas produk.

Enggan mendedahkan kenaikan harga bekas itu, beliau percaya langkah mengekalkan harga adalah terbaik pada waktu ini.

Ketika ini, SSB dijual pada harga promosi RM46.

“Kami tidak ada keperluan untuk menaikkan harga bermula hari ini. Walaupun pihak kilang menaikkan harga bekas produk, kami sedia menanggung kos tersebut.

“Kami percaya kepada volume jualan yang tinggi kerana ia mampu mengekalkan keuntungan seperti sebelum SST,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Jualan SSB ketika ini cukup menggalakkan apabila mencecah 30,000 unit sebulan menerusi rangkaian stokis dan ejen seramai 500 orang.

Kebanyakan mereka ini adalah suri rumah dan mampu menjana pendapatan sampingan lebih RM1,000 sebulan.

Bagi stokis yang aktif, ada yang mendapat pendapatan sehingga RM30,000 sebulan dengan modal menjadi ejen serendah RM300 sahaja.

Norain menambah, tindakan untuk tidak menaikan harga juga kerana bimbang jualan stokis dan ejen akan terjejas.

Apatah lagi jelas beliau, kebanyakan mereka suri rumah untuk mencari pendapatan sampingan.

“Syarikat sedia berkorban kerana yang penting, jualan kekal tinggi dan membantu memberi pendapatan kepada stokis dan ejen seperti biasa.

“Pada masa sama, pelanggan setia juga tidak lari dan terkejut dengan harga baharu hingga menyebabkan kuasa berbelanja mereka turun,” katanya. – MalaysiaGazette