IPOH – Dua maut, 36 cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Batu Gajah Perdana, kira-kira 35 kilometer dari sini, awal pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah Mohd Jamaluddin Mat Yusop berkata kemalangan berlaku kira-kira 5 pagi apabila bas yang membawa 37 penumpang terbabit melanggar pembahagi jalan.
“Berdasarkan maklumat awal mangsa yang maut dipercayai pemandu bas dan seorang penumpang wanita.
“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Batu Gajah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.- BERNAMA