QUITO – Sekurang-kurangnya 11 maut dan hampir 37 berada dalam kritikal dalam satu kemalangan bas di kawasan pergunungan Andes, Ecuador waktu tempatan awal pagi tadi.

Al Jazeera melaporkan, nahas membabitkan bas penumpang yang menuju ke Loja, di selatan Ecuador itu berlaku 21 kilometer di selatan bandar Cuenca.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, ada mangsa berada dalam keadaan kritikal dan kerja-kerja menyelamat sedang di jalankan.

“Seramai 37 orang cedera dan 11 maut dalam kemalangan awal pagi tadi. Ada juga masih berada dalam keadaan kritikal,” katanya dalam Twitter.

Pada 14 Ogos lalu, 23 orang terbunuh apabila sebuah bas dari Colombia yang membawa 40 penumpang warga Colombia dan Venezuela terbabit dalam kemalangan di Quito, pinggir ibu kota Ecuador.

Ironiya, beberapa hari sebelum ini sebuah bas yang membawa peminat bola sepak Barcelona terbabit dalam nahas di selatan Ecuador, membunuh 12 orang dan mencederakan 30 yang lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast