Asap kelihatan di bandar Tripoli ketika pertempuran berlaku. foto Reuters

TRIPOLI – Seramai 400 tahanan melarikan diri dari penjara Ain Zara berhampiran ibu kota Libya di Tripoli di tengah-tegah keganasan yang berlaku di antara kumpulan pemberontak di bandar itu, kata polis.

Banduan-banduan yang bertindak ganas menyebabkan para pengawal sukar mengawal keadaan di dalam penjara.

Pertempuran antara pemberontak di bandar yang disokong oleh kerajaan bagi mengisytiharkan darurat.

Insiden pada hari Ahad berlaku semasa keganasan bersenjata di antara puak-puak saingan berada di sekitar penjara yang hanya menempatkan tahanan lelak.

Kebanyakan tahanan yang ditahan di penjara Ain Zara di Tripoli selatan dilaporkan penyokong pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dan didapati bersalah atas pembunuhan semasa pemberontakan terhadap kerajaannya pada tahun 2011.

Dalam kejadian berasingan, dua orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera ketika roket dibedil di sebuah kawasan perkhemahan di ibu kota Libya.

Kementerian Kesihatan Libya melaporkan kira-kira 47 orang, termasuk orang awam maut dalam pertembungan pemberontak di Tripoli sepanjang minggu lalu, dengan puluhan lagi cedera. – MalaysiaGazette