KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kembali merosot sejurus selepas itu berikutan saham global ditutup secara meluas pada paras yang lebih rendah bagi Ogos.
Dalam masa yang sama, ketidaktentuan berhubung unjuran dagangan global terus menjejaskan sentimen pasaran.
Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 0.89 mata lebih rendah iaitu 1,818.77 daripada penutup Khamis lalu iaitu 1,819.66.
Indeks berkenaan dibuka 1.4 mata lebih tinggi kepada 1,821.06.
Pasaran ditutup Jumaat lalu sempena sambutan Hari Kebangsaan. – MalaysiaGazette