Tai Koon Siang, 35, dari Kluang, Johor berjaya mengharumkan nama negara apabila berjaya merai tempat pertama masing-masing dalam kategori sushi kreatif dan sushi tradisional.
Tai Koon Siang, 35, dari Kluang, Johor berjaya mengharumkan nama negara apabila berjaya merai tempat pertama masing-masing dalam kategori sushi kreatif dan sushi tradisional.

KLUANG – Chef Sushi Malaysia merai juara dalam pertandingan antarabangsa di Jepun selepas sushi nasi lemak dan sushi otak-otak yang dihasilkannya berjaya menawan hati para juri.

Tai Koon Siang, 35, dari Kluang, Johor berjaya mengharumkan nama negara apabila berjaya merai tempat pertama masing-masing dalam kategori sushi kreatif dan sushi tradisional.

Kejayaan dalam dua kategori sekali gus meletakkannya sebagai juara keseluruhan dalam pertandingan berprestij di Jepun tersebut.

Koon Siang pada 2016 pernah mewakili sebuah restoran sushi di Singapura untuk bertanding tetapi terpaksa berpuas hati dengan tempat pertama dalam kategori sushi kreatif dan tempat ketiga dalam sushi tradisonal, keputusan yang meletakkan beliau di tempat kedua secara keseluruhannya.

Atas sokongan ahli keluarga, Koon Siang menyertai semula pertandingan sushi yang diadakan di Tokyo, Jepun pada tahun ini.

“Saya memang berasa terbelenggu dengan pertandingan di Tokyo kali ini, kerana adalah tidak bermakna jika saya gagal pulang dengan gelaran juara keseluruhan memandangkan saya telah mendapat naib johan sebelum ini,” katanya kepada China Press.

Koon Siang telah memasukkan unsur tradisional Malaysia dalam sushi  malahan menggunakan pinggan yang dibuat daripada kayu dan tumbuh-tumbuhan untuk menonjolkan hutan tropika negara ini.

Sushi nasi lemak, otak-otak dan char siu yang dihasilkannya akhirnya berjaya menawan hati para juri yang memberi penilaian tinggi kepadanya.

“Saya telah melakukan latihan yang bersungguh-sungguh sebelum ini.

” Sesetengah bahan adalah menggunakan produk dari Malaysia, tetapi ada juga yang dibekalkan dari Jepun,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast