Ombak tinggi di perairan barat Jepun. foto Agensi

TOKYO – Jepun telah dilanda taufannya yang paling kuat dalam tempoh 25 tahun menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh kematian dan 200 orang cedera.

Taufan Jebi melanda kawasan barat, membawa hujan lebat dan angin kencang hingga 172 kilometer sejam.

Di Teluk Osaka, sebuah lori tangki hampir terbalik dan di bumbung stesen keretapi Kyoto jatuh akibat angin kencang.

gettyimages-1026624932
Menara telekomunikasi runtuh akibat angin kencang melanda Osaka, Jepun. foto Agensi

Pihak berkuasa telah mengarahkan lebih daripada satu juta orang di kawasan yang terjejas supaya mengosongkan rumah mereka di tengah-tengah amaran gelombang tinggi, banjir dan lumpur.

Kira-kira 10,000 penduduk mengalami gangguan bekalan elektrik dan mereka telah diarahkan ke kawasan selamat.

Ribut Jebi mula melanda perairan Pulau Shikoku pada tengah hari semalam dan kini bergerak ke Pulau Honshu.

Angin itu dijangka perlahan apabila bergerak ke utara.

Jebi adalah taufan pertama yang dikelaskan sebagai “sangat kuat” oleh agensi cuaca negara dan menyebabkan berlaku kemusnahan di pulau-pulau utama Jepun termasuk merekodkan 48 kes kematian atau hilang pada tahun 1993.

jebi-bangunan
Sebuah bangunan rosak akibat Taufan Jebi di Jepun. foto Agensi

Beratus-ratus jadual penerbangan, kereta api dan feri terpaksa dibatalkan.

Banjir dilaporkan berlaku di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka, yang dibina di atas pulau buatan manusia di teluk.

Agensi cuaca Jepun juga memberi amaran kemungkinan tanah runtuh, banjir dan angin gana, serta ombak besar, kilat dan taufan di kawasan yang terjejas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast