Daim Zainuddin
Daim Zainuddin

KUALA LUMPUR – Tun Daim Zainuddin sekali lagi menaruh keyakinan tinggi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih kepimpinan kerajaan selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu menyatakan perkara tersebut kepada beberapa pihak termasuk kepimpinan negara Singapura baru-baru ini.

“Orang tak kenal saya dengan Anwar. Saya dan Anwar kenal dah lama. Saya bagitau dekat Singapura,” katanya dalam satu wawancara khas dengan TV3 malam tadi.

Menurut Daim, Ketua Umum PKR itu mempunyai kekuatannya sendiri yang tidak diketahui generasi muda hari ini.

Dalam pada itu, bekas Menteri Kewangan itu berkata, tuduhan sesetengah pihak mengaitkan dirinya dengan konspirasi melibatkan pemilihan pemimpin sebuah parti yang bakal mengadakan pemilihan tidak lama lagi disifatkan sebagai tindakan orang yang tidak ada modal politik.

Terdahulu, seorang pemimpin PKR menamakan Daim sebagai antara individu yang berusaha menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri seperti dipersetujui dalam perjanjian bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU-14.

Pemimpin tersebut turut menyokong pencalonan Rafizi Ramli yang mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk kerusi timbalan presiden dalam pemilihan yang parti PKR yang akan berlangsung bulan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast