SINGAPURA – Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini apabila masalah pasaran semakin meningkatkan sentimen, selain tempoh pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat ke atas barangan China semakin hampir.

Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat diniagakan pada AS$ 68.47 setong susut 0.4 peratus berbanding harga penutup.

Niaga hadapan minyak Brent antarabangsa jatuh sebanyak AS$0.27 sen, atau 0.4 peratus, kepada AS$77 setong.

Pasaran baru muncul yang semakin lemah turut memberi kesan kepada prospek pertumbuhan ekonomi global. – MalaysiaGazette