Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, walaupun Amerika Syarikat (AS) dijangka mengumumkan satu lagi kenaikan tarif ke atas barangan China pada awal Disember. 
. Ringgit dijangka didagangkan pada paras 4.165 hingga 4.185 pada minggu depan, didorong oleh faktor luaran termasuk hala tuju dolar Amerika Syarikat (AS) serta harga minyak, kata penganalisis.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini didorong minat belian yang diperbaharu memandangkan permintaan terhadap dolar AS berkurangan dalam keadaan kekurangan pemangkin baharu, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1430/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1460/1500 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Dagangan Asia-Pasifik Oanda, Stephen Innes berkata, harga minyak mentah Brent yang stabil antara US$70 dan US$80 setong turut mendorong peningkatan ringgit setelah Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum memantau bekalan untuk memastikan pasaran kekal pada kedudukan semasa.

Di peringkat tempatan, Innes berkata Bank Negara Malaysia (BNM) seperti yang boleh dijangkakan telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus dengan kenyataan dasar yang neutral pada Rabu.

“Berdasarkan banyak perubahan politik dan pelarasann dasar dalaman, tidak perlu untuk menambah tahap kesukaran kepada persekitaran.

Innes berkata langkah BNM seterusnya mungkin mengurangkan kadar itu sebelum akhir 2019, berdasarkan cabaran ekonomi, disebabkan penurunan perbelanjaan infrastruktur dan langkah menurunkan defisit bajet yang membebankan.

“Oleh itu, saya menyemak semula sasaran akhir tahun bagi ringgit kepada 4.20 berbanding dolar AS berikutan unjuran pertumbuhan yang perlahan.

Mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0127/0151 daripada 3.0052/0094 pada Rabu dan rendah berbanding euro kepada 4.8241/8288 daripada 4.7986/8040.

Nota tempatan lemah berbanding yen kepada 3.7237/7274 daripada 3.7154/7200 dan susut berbanding pound kepada 5.3532/3587 daripada 5.3031/3103 semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast