Prasarana

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengalu-alukan beberapa pelantikan baharu dalam syarikatnya.

Ia termasuk pelantikan Ketua Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, Ketua Kumpulan Pegawai Operasi (Strategi dan Transformasi), Ang Yoke Kee dan Ketua Kumpulan Operasi, Muhammad Nizam Alias.

Prasarana dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga individu itu dilantik oleh Kementerian Kewangan sebagai perubahan struktur organisasi bagi meningkatkan kecekapan syarikat sistem pengangkutan di negara ini.

Mohamed Hazlan sebelum ini merupakan Pengarah Kumpulan organisasi Bantuan di DRB- HICOM.

Sementara itu, Yoke Kee merupakan pemegang ijazah sarjana Kejuruteraan Kewangan dari Carnegie Mellon dan pernah berkhidmat dengan Boston Consulting Group, Softban dan McKinsey.

Bagi Muhammad Nizam pula ialah pelajar lepa Universiti Monash dan pernah berkhidmat dengan Renong Group dan Pos Malaysia.-MalaysiaGazete