Peguambela yang diketuai Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di mahkamah bagi mendengar penetapan tarikh perbicaraan bagi tujuh pertuduhan melibatkan kes pecah amanah, salah guna kuasa dan menerima wang hasil aktiviti haram terhadap anak guamnya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OGOS 2018.
Muhammad Shafee Abdullah

KUALA LUMPUR – Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersungguh-sungguh mahu melantiknya sebagai Pendakwa Raya Khas dalam kes rayuan perbicaraan liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia kerana Dr Mahathir tidak mempunyai keyakinan terhadap pendakwa-pendakwa raya di Jabatan Peguam Negara dalam mengendalikan kes tersebut selepas gagal dalam kes liwat kedua di Mahkamah Tinggi.

Jabatan Peguam Negara juga pernah gagal sebelum itu dalam kes liwat pertama di Mahkamah Persekutuan.

Shafee berkata, pelantikannya itu sebenarnya tidak dipersetujui oleh Najib kerana tidak mahu menyinggung perasaan Tan Sri Gani Patail yang ketika itu adalah Peguam Negara.

“Saya masih ingat dipanggil pada atau sekitar Jun atau Julai 2013 oleh Tun Dr. Mahathir melalui Matthias Chang untuk menghadiri pertemuan dengan Tun Mahathir di Yayasan Perdana di Putrajaya.

“Tidak lama kemudian saya mengetahui bahawa Dato ‘Sri Najib, Perdana Menteri juga dijemput untuk berjumpa Tun Dr. Mahathir sedikit lebih awal daripada pertemuan antara saya dengan Tun Dr. Mahathir.

“Saya difahamkan Tun Dr. Mahathir telah berjaya memujuk Dato ‘Sri Najib untuk meyakinkan Peguam Negara melantik saya dengan mengikut undang-undang sebagai pendakwa khas dalam rayuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan panjang.

Shafee mendakwa pelantikannya itu adalah satu daripada enam tuntutan yang dibuat Dr Mahathir kepada Najib pada pertemuan tersebut, jika tidak, beliau akan menentang Najib.

Dalam masa beberapa hari selepas itu, Shafee berkata, beliau dihubungi pejabat Dr. Mahathir dan pejabat Perdana Menteri yang memaklumkan beliau perlu bertemu dengan Gani untuk tujuan perlantikan itu.

Katanya, beliau berjumpa dengan Gani bersama kehadiran Datuk Hanafiah Zakaria dan perjanjian bertulis telah didraf sebagai syarat perlantikannya.

Perjanjian bertulis ini adalah di dalam pengetahuan setiap individu yang mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan tersebut, katanya.

Shafee membuat kenyataan itu bagi mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan pasukan peguamnya sudah menyerahkan afidavit yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara mengesahkan dakwaan pembayaran dibuat kepada Shafee sebagai ganjaran bagi mendakwanya dalam rayuan liwat kedua di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Pembayaran yang dibuat dalam dua transaksi iaitu RM.4 juta dan RM5.2 juta itu adalah dari akaun peribadi Najib di Islamic Bank Berhad.

Bagaimanapun, Shafee dakwaan tersebut atas rekod dalam afidavit yang telah ditegaskan pada 3 Ogos 2017 dalam prosiding yang dibangkitkan oleh Anwar dalam Tuntutan Asal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di WA-24-36- 06/2017 dan masih mengekalkan bahawa penjelasan itu adalah seperti itu dan benar. – MalaysiaGazette