Para pedgang di bursa New York semalam. foto Reuters

NEW YORK – Indeks-indeks saham dunia mencatatkan kemerosotan mingguan terbesar dalam hampir enam bulan dalam sesi yang tidak menentu pada hari Jumaat apabila para pelabur menimbang data ekonomi Amerika Syarikat yang kukuh berbanding jangkaan kenaikan adar faedah yang lebih tinggi dan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat dalam pelbagai bidang.

Pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat melonjak pada bulan Ogos dan upah mencatatkan kenaikan tahunan terbesar lebih daripada sembilan tahun, menyusur jangkaan untuk kenaikan kadar faedah ketiga untuk tahun ini tidak lama lagi.

Dolar Amerika Syarikt dirangsang oleh data itu, tetapi para pelabur mengalami kegelisahan mengenai hubungan perdagangan Amerika Syarikat selepas Presiden Donald Trump mendakwa negara itu boleh mengenakan lebih banyak tarif ke atas China.

Saham Wall Street ditutup lebih rendah, selepas Trump mengancam tarif import bernilai lebih AS$ 267 bilion dari China, di atas levi bernilai AS$ 200 bilion barangan tidak lama lagi.

China memberi amaran mengenai tindakan balas sekiranya Washington melancarkan langkah baru.

“Jika tarif ini dikuatkuasakan, China perlu menampan ekonominya dengan menurunkan nilai mata wangnya lagi. Ini akan menyebabkan nilai dolar lebih tinggi, yang mana bakal memberi tekanan kepada pasaran-pasaran baru muncul serta kesan negatif kepada pengeksport Amerika Syarikat,” kata Quincy Krosby, Ketua Strategi Pemasaran di Prudential Financial.

Trump juga berkata, Amerika Syarikat dan Jepun telah memulakan perbincangan perdagangan dan Tokyo “tahu ia adalah masalah besar” jika perjanjian tidak dapat dicapai.

Sementara itu, perunding perdagangan terkemuka Kanada berkata, beliau dan rakan sejawatannya dari Washington membuat “kemajuan yang sangat baik” dalam perbincangan untuk menyelamatkan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara.

Dow Jones Industrial Average turun 79.33 mata atau 0.31 peratus kepada 25,916.54, S&P 500 susut 6.37 mata atau 0.22 peratus kepada 2,871.68 dan Nasdaq Composite jatuh 5.3 mata atau 0.07 peratus pada 7917.25.

Untuk minggu ini, S&P turun 1.03 peratus, Dow jatuh 19 peratus, dan Nasdaq susut 2.55 peratus dalam penurunan mingguan terbesar sejak lewat Mac.

Indeks FTSEurofirst 300 pan-Eropah meningkat 0.05

Pengukur stok MSCI di seluruh dunia susut 0.28 peratus pada hari dan 4.4 peratus untuk minggu ini, menandakan kejatuhan mingguan terbesar sejak pertengahan Mac. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast