Muzium Nasional Greece. foto Agensi

ATHENS – Dua wanita disoal siasat selepas disyaki meletakkan minyak pada artifak-artifak, sekurang-kurangnya di dua muzium. menyebabkan kebakaran di muzium Greece.

Perbuatan mereka dipercayai dikaitkan dengan ajaran Bible.

Minyak itu, menurut laporan media, didakwa diletakkan pada artifak-artifak di Muzium Kristian dan Byzantine pada bulan Julai lalu dan Muzium Benaki sebulan kemudian.

Perbuatan mereka terbongkar pada hari Ahad lalu, seorang kerani di Muzium Sejarah Nasional di Rumah Parlimen Lama di Athens memberi amaran kepada pengawal apabila seorang wanita muncul bersama teman dengan tangannya berminyak.

“Saya perasan salah seorang wanita tangannya berminyak … Saya memaklumkan kepada pengawal dan menarik perhatian mereka,” kata kerani tanpa nama kepada TV Alpha di Greece.

Menurut agensi berita Athens, wanita berkenaan memaklumkan tangannya berminyak kerana untuk tujuan penyembuhan.

Tetapi polis menemui botol minyak semasa mereka ditahan.

Kedua-dua wanita itu juga memaklumkan mereka tidak berniat untuk menyebabkan sebarang kerosakan manakala seorang lagi berkata, dia adalah ahli kumpulan agama.

Mereka ditahan tetapi kemudian dibebaskan dan bakal menghadapi pertuduhan. – MalaysiaGazette