Bursa Malaysia

Pada 9.01 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 17.04 mata atau 0.95 peratus pada 1,816.21 berbanding 1,799.17 penutup Jumaat.

Indeks itu dibuka 11.02 mata lebih tinggi pada 1,810.19.

Bagaimanapun, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 103 berbanding 95 dengan 1,149 tidak berubah manakala 1,536 tidak didagangkan dan 44 yang lain digantung.

Sejumlah 66.18 juta saham bertukar tangan bernilai RM92.41 juta.

Pasaran menyambung dagangan hari ini selepas dua hari ditutup kerana dua cuti umum.

Dalam kalangan kaunter utama, Maybank naik lapan sen kepada RM9.97, Public Bank menokok 86 sen kepada RM25.86 dan Tenaga menambah 18 sen kepada RM15.98.

Bagaimanapun, CIMB Group susut tujuh sen kepada RM5.85. – MaaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast