TERKINI : Anwar Sah Tanding Kerusi Port Dickson

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan menawarkan kerusi tersebut kepada Ketua Umum PKR itu.

Balagopal berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ahli Parlimen Port Dickson kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.