KUALA LUMPUR – Saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini kerana prestasi yang kukuh saham Asia membantu meningkatkan sentimen di bursa tempatan.
Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.35 mata kepada 1,792.6 daripada 1,785.25 pada penutup semalam.
Selepas dibuka 1.7 mata lebih tinggi pada 1,786.95 hari ini, indeks bergerak antara 1,777.45 dan 1,792.96 sepanjang hari.
Pasaran secara keseluruhan, untung mengatasi rugi 478 kepada 405, dengan 380 kaunter tidak berubah, 624 tidak didagangkan dan 38 digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 2.37 bilion unit bernilai RM2.57 bilion daripada 2.23 bilion unit bernilai RM2.81 bilion semalam.
Seorang peniaga berkata, pelabur berasa lega kerana Amerika Syarikat mencapai pusingan rundingan perdagangan baharu dengan China.
“Ini menyediakan rangsangan kepada sentimen pasaran dengan harapan ketegangan dagangan antara kedua-dua ekonomi berkenaan akan susut,” tambahnya.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lapan sen kepada RM9.88, Public Bank tidak berubah pada RM24.92 dan Tenaga susut dua sen kepada RM15.80.
Antara yang aktif, Sapura Energy meningkat sembilan sen kepada 44.5 sen, MYEG menokok tujuh sen kepada RM1.57, manakala Borneo Oil susut setengah sen kepada 5.5 sen.
Indeks FBM Emas meningkat 55.31 mata kepada 12,478.87, Indeks FBMT 100 meningkat 52.76 mata kepada 12,305.22, FBM 70 meningkat 71.98 mata kepada 14,727.25, Indeks FBM Ace meningkat 43.8 mata kepada 5,099.07, dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 33.99 mata kepada 12,565.48.
Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 124.26 mata kepada 17,810, Indeks Perladangan meningkat 24.38 mata kepada 7,489.55, manakala Indeks Perusahaan susut 6.18 mata kepada 3,200.83.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.57 bilion saham bernilai RM2.39 bilion daripada 1.46 bilion saham bernilai RM2.65 bilion.
Jumlah dagangan Waran meningkat kepada 494.05 juta unit bernilai RM122.28 juta daripada 449.46 juta unit bernilai RM102.34 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 304.74 juta saham bernilai RM56.53 juta daripada 319.48 juta saham bernilai RM51.22 juta.
Produk pengguna berjumlah 73.73 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk perindustrian (239.46 juta), pembinaan (59.58 juta), perdagangan dan perkhidmatan (940.51 juta), teknologi (109.68 juta), infrastruktur (12.29 juta), SPAC (158,900), kewangan (53.63 juta), hotel (232,700), hartanah (73.19 juta), perladangan (12.26 juta), perlombongan (36,100), REIT (4.94 juta), dan tutup/dana (19,000). – MalaysiaGazette