Kerajaan bercadang mengambil tenaga pengajar dari India dan Ukraine bagi melatih pelatih dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.
Kerajaan bercadang mengambil tenaga pengajar dari India dan Ukraine bagi melatih pelatih dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

PUTRAJAYA – Itu cerita lama berlaku dua tahun lepas”.

Begitu reaksi dan jawapan ringkas M. Kulasegaran berhubung skandal seks yang viral dalam media sosial melibatkan Setiausaha Politik beliau sejak dua hari lepas.

Kata Menteri Sumber Manusia itu, merupakan cerita lama yang sudah melebihi dua tahun dan pihaknya sedia maklum mengenainya.

“Polis masih siasat,” katanya ditanya dalam sidang media di sini.

Terdahulu beliau hadir merasmikan sambutan Worlf Day Against Child Labour 2018 di Hotel Everly di sini bersama Pengarah Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) bag Rantau Asia Pasifik, Tomoko Nishimoto.

Ditanya mengenai sama ada pegawai berkenaan mungkin dikenakan tindakan, katanya, setakat ini tiada perancangan ke arah itu.

“Bagaimana saya boleh mengambil tindakan kalau polis masih sedang mengendalikan siasatan ke atas isu yang viral itu.

“Biar polis siasat dahulu dan ambil tindakan.. lagipun saya belum menerima sebarang perkembangan terbaharu daripada polis berkaitan perkara ini.

“Saya juga dapat tahu akaun yang digunakan untuk menyebarkan teks dan gambar dalam keadaan tidak berpakaian itu adalah palsu,” tegasnya enggan mengulas lebih lanjut. – MalaysiaGazette

Gambar curang setiausaha politik menteri tersebar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast