Bursa Malaysia ringgit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Harga saham di Bursa Malaysia bertukar menjadi lebih tinggi pada awal dagangan mendapat pemangkin positif daripada pasaran saham Amerika Syarikat (AS) selain pertelingkahan perdagangan AS-China yang semakin reda.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melantun sebanyak 1.32 mata kepada 1,793.92 daripada 1,792.60 penutup semalam.

Indeks itu dibuka 2.04 mata lebih rendah pada 1,790.56.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 135 berbanding 64 dengan 136 tidak berubah manakala 1,552 tidak didagangkan dan 22 yang lain digantung.

Sejumlah 129.14 juta saham bertukar tangan bernilai RM56.23 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast