NEW YORK – Harga minyak turun lebih daripada 2 peratus pada hari Khamis, dengan Brent susut daripada paras tertinggi selama empat bulan apabila para pelabur memberi tumpuan kepada risiko dalam krisis pasaran barumuncul dan pertikaian perdagangan yang boleh menjejaskan bekalan.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi amaran, meskipun pasaran minyak kukuh pada masa ini dan permintaan minyak dunia akan mencapai 100 juta tong sehari dalam tempoh tiga bulan akan datang, tetapi risiko ekonomi global semakin meningkat.

“Menjelang ke tahun 2019, kemungkinan berlaku risiko pada beberapa ekonomi utama baru muncul, sebahagiannya disebabkan oleh susut nilai mata wang berbanding dolar Amerika Syarikay yang akan meningkatkan kos tenaga yang diimport.

“Di samping itu, terdapat risiko pertumbuhan dari peningkatan pertikaian perdagangan,” kata agensi yang berpangkalan di Paris itu.

Niaga hadapan Brent susut AS$1.56 setong kepada AS$78.18 setong. Semalam, penanda aras global itu mencecah AS$80.13 setong, paras tertinggi sejak 22 Mei 2018.

Minyak Amerika Syarikat pula jatuh AS$1.78 setong kepada AS$68.59 setong.

Kedua-dua penanda aras itu menyaksikan penurunan peraturan terbesar dalam sehari dalam tempoh sebulan.

Pasaran jatuh pada awal sesi ketika pelabur memberi tumpuan kepada kejatuhan harga laporan IEA, kata Bob Yawger, Pengarah Niaga Hadapan Tenaga di Mizuho di New York.

Harga jatuh semula selepas Presiden Donald Trump berkata, Amerika Syarikat tidak ada tekanan untuk membuat perjanjian perdagangan dengan China, kata Yawger.

Syarikat-syarikat Amerika Syarikat di China terjejas ekoran pertikaian perdagangan antara Washington dan Beijing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast