Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddinm Abu Bakar bercakap kepada media ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 JULAI 2018.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddinm Abu Bakar bercakap kepada media ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar nampaknya sudah menerima takdir dan mula respon terhadap gabungan antara Pas dan UMNO.

Menurutnya, perpaduan yang terjalin diantara dua parti Melayu itu diterima beliau kerana berpaksikan kepada perpaduan ummah.

“Demi perpaduan ummah, kita tebalkan muka!,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.

Khairy memberikan respon itu terhadap kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin, yang berkata parti itu melihat banyak perkara positif terjadi sejak gabungan itu menjalinkan hubungan dalam pembangkang.

Hashim berkata gabungan Pas dan UMNO dilihat peluang untuk parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membimbing bekas pesaingnya “menuju jalan Islam”.

“Semasa pilihan raya kecil di Sungai Kandis dan Seri Setia, kami bekerjasama dengan Umno sebagai parti pembangkang. Kami melihat tanda-tanda positif dan kami dapat mengetepikan kesalahan Umno dalam 60 tahun yang lalu.

“Kepada kita, mempertahankan agenda Islam dan menegakkan maruah bangsa kita adalah penting. Kita mesti membantu untuk membetulkan kesilapan kepimpinan Umno. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membimbing Umno ke arah Islam,”katanya memetik laporan theStar Online. -MalaysiaGazette