Vijay Mallya tiba ke mahkamah Majistret London di Westminster, mendengar ekstradisi India ke atasnya untiuk dibawa pulang menghadapi pertuduhan penipuan pinjaman kewangan.

LONDON – Keputusan kehakiman sama ada taikun perniagaan India, Vijay Mallya boleh diekstradisi dari Britain ke India akan ditetapkan pada 10 Disember ini, kata hakim di di London pada Rabu lalu.

Permpohonan itu penting bagi memastikan Mallya dibawa ke India untuk menghadapi pertuduhan penipuan wang.

Hakim telah menetapkan tarikh 10 Disember 2018 untuk memberi keputusan terhadap ekstradisi ke atas Mallya selepas mendengar permohonan oleh India dalam kes itu.

India mahu mengekstradisi ahli perniagaan berusia 62 tahun yang kini mencari perlindungan di Britain untuk menghadapi pertuduhan jenayah berkaitan pinjaman wang oleh syarikat penerbangannya Kingfisher Airlines daripada pihak berkuasa India.

India mahu Mallya menjelaskan semula hutang kira-kira AS$1.4 bilion yang ditanggung Kingfisher.

Peguamnya, Clare Montgomery memberitahu, Mahkamah Majistret London Westminster bahawa kerajaan India gagal melampirkan bukti untuk menyokong permohonan ekstradisi.

Kerajaan India mendakwa Kingfisher mengambil beberapa pinjaman kewangan dari institusi kewangan India khususnya bank kerajaan itu IDBI dengan azam untuk melangsaikan kerugian yang dialami syarikat penerbangan itu.

Mallya yang melarikan diri ke London pada tahun 2016 dan tidak berniat untuk melangsaikan pinjaman itu yang diperoleh tahun 2009 dan wang itu didakwa diperoleh dengan cara yang tidak betul dan menggunakannya untuk tujuan lain.

Mallya memberitahu, media di luar mahkamah bahawa dia telah bertemu dengan menteri Kewangan India, Arun Jaitley untuk menyelesaikan masalah hutang yang menyelubunginya sebelum meninggalkan negara.

Jaitley pula menafikan suatu penyelesaian dicapai seperti yang didakwa Mallya dalam Facebook peribadinya.

Montgomery berkata, bukti yang dikemukakan dia dan kerajaan India menunjukkan Kingfisher bebas dari hutang pinjaman untuk melindungi masa depan syarikat penerbangan swasta itu.

“Maklumat tepat , penuh dan lengkap telah disediakan dan saya boleh mendemostrasikannya,” kata Montgomery.

Malah kerajaan India juga dikatakan bergantung dengan kenyataan dan testimoni orang yang langsung tidak terlibat dalam urusan pinjaman wang ini dan gagal menunjukkan sebarang kenyataan palsu yang dibuat pihak Montgomery.

Ia merupakan bencana kewangan untuk Mallya.

Direktorat Penguatkuasa India yang memerangi jenayah komersial menuntut Mallya diisytiharkan sebagai pelarian pesalah ekonomi dan menyita aset milik Mallya dianggarkan bernilai 125 bilion rupees.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast