Individu yang menggunakan akaun Haji Mn@asir memuat naik gambar ini mengundang jawapan dari Khairy Jamaluddin.
Individu yang menggunakan akaun Haji Mn@asir memuat naik gambar ini mengundang jawapan dari Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPIR – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengulas status  seorang individu yang menggunakan nama akaun Haji Mn@sir di laman Twitter.

Individu berkenaan menulis satu rangkap pantun yang berbunyi:

Kelat pisang kelat

Muka bujur tahi lalat

Batu pisang batu

 Aku dan Zahid tak sebulu

Alahai MT pecatlah aku

Tulisan itu merujuk kepada sekeping gambar Khairy duduk bersebelahan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy menjawab status tersebut dengan berkata: “Pak Cik salah faham. Saya tak mahu dipecat. Saya nak bertanding jawatan Presiden tahun 2021. Presiden UMNO.”

Haji Mn@sir kemudian membalas jawapan Khairy: “Jangan risau anak da KJ kamu tidak akan dipecat in Shaa Allah. Goodluck for Presiden 2021 or early.” – MalaysiaGazette