Datuk Bung Mokhtar Radin.

SANDAKAN – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata memang terdapat ramalan dan sumber yang mengatakan bahawa akan ada lagi anggota parlimen UMNO akan keluar parti.

Namun, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata ini masih tidak boleh didedahkan kerana bimbang akan menjadi fitnah.

“Dalam senario sekarang akan ada ahli parlimen UMNO termasuk dari Sabah akan ikut (keluar parti),” katanya kepada Bernama, hari ini.

Terbaru, dua lagi anggota parlimen UMNO mengumumkan keluar dari parti iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed (Parlimen Jeli) dan Datuk Seri Anifah Aman (Parlimen Kimanis).

Ditanya jika kemungkinan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan menurut langkah adiknya Anifah keluar dari UMNO, beliau enggan mengulas lanjut.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast