Polis Melaka menerima 10 laporan berkaitan Pemilihan PKR 2018 negeri yang diadakan pada Sabtu lepas (20 Okt), kata Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.
Polis Melaka menerima 10 laporan berkaitan Pemilihan PKR 2018 negeri yang diadakan pada Sabtu lepas (20 Okt), kata Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.

KUALA LUMPUR – Pemilihan PKR bagi peringkat pusat dan cabang bermula hari ini dengan menyaksikan anggota parti di Kedah dan Pulau Pinang memulakan pengundian mereka seawal jam 9 pagi.

Tumpuan pastinya terarah kepada perebutan jawatan timbalan presiden selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden pada penamaan pemilihan 5 Ogos lepas.

Pertarungan jawatan nombor dua parti itu menyaksikan pertembungan antara Anggota Parlimen Gombak yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Selain jawatan tersebut, pengundian itu turut membabitkan pemilihan naib presiden, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat, ketua Wanita pusat dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Pada pemilihan itu juga anggota akan memilih pemimpin di peringkat cabang iaitu ketua cabang, timbalan ketua cabang, naib ketua cabang dan 15 anggota jawatankuasa cabang, selain ketua AMK cabang, timbalan ketua AMK cabang, naib ketua AMK cabang dan 15 anggota jawatankuasa AMK cabang.

Turut dipilih ialah ketua wanita cabang, timbalan ketua wanita cabang, naib ketua wanita cabang dan tujuh anggota jawatankuasa wanita cabang.

Selain itu, pengundian kali ini juga akan menjadi penanda aras kejayaan sistem e-undi yang buat pertama kali dilaksanakan oleh parti itu, bahkan pertama kali di negara ini.

Seramai 800,000 anggota PKR seluruh negara layak mengundi pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung sehingga 28 Okt depan.

Bagi negeri-negeri lain, pemilihan akan berlangsung di Perlis dan Perak pada 23 Sept, Melaka (29 Sept), Johor (30 Sept), Kelantan dan Terengganu (5 Okt), Pahang (6 Okt), Wilayah Persekutuan (7 Okt), Selangor (13, 14, 21 Okt), Negeri Sembilan (20 Okt), Sarawak (20, 21 Okt) dan Sabah (27, 28 Okt). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast