China Press melaporkan, mangsa yang berumur 52 tahun berdepan masalah bateri lori ketika menghantar barang kepada pelanggan.
China Press melaporkan, mangsa yang berumur 52 tahun berdepan masalah bateri lori ketika menghantar barang kepada pelanggan.
CYBERJAYA – Seorang anggota tentera bertindak melapor polis selepas mensyaki isterinya curang dengan menjalin hubungan cinta bersama seorang “Ketua Bahagian Cheras” yang bergelar Datuk.

China Press melaporkan, anggota tentera itu mendakwa ketua bahagian berumur 49 tahun dari sebuah parti politik telah menggoda isterinya dengan membelikan kereta dan membayar ansuran rumah.

Kemunculan orang ketiga itu dikatakan menyebabkan si isteri meminta penceraian dengan suaminya yang berumur 31 tahun.

Kecurangan dikatakan terbongkar apabila anggota tentera itu mengesan isterinya berkelaluan pelik pada Ogos lalu.

Keadaan itu mendorong si suami mengekori pasangannya dari rumah mereka di sebuah flat di Bandar Tun Razak di ibu negara ke sebuah pangsapuri di Cyberjaya.

Difahamkan orang ketiga bergelar Datuk itu telah menghadiahkan sebuah kereta Myvi kepada si isteri.

Selepas berkawan dengan ahli politik, wanita itu juga asyik meminta penceraian, tetapi tidak dipersetujui suaminya.

Pengadu yang membuat laporan polis di Cyberjaya mensyaki Datuk itu telah mempengaruhi  isterinya untuk meminta penceraian. – MalaysiaGazette