Mediu
Kampus Utama MEDIU kini terletak di Desa Petaling, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Al-Madinah International University (MEDIU) akan menawarkan sebanyak 500 tempat kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Diploma untuk pengambilan peringkat sarjana muda pada tahun ini.

Sesi pendaftaran semester baharu itu bakal berlangsung selama tiga hari di Kampus Utama MEDIU yang terletak di Desa Petaling di sini pada 3 hingga 5 Oktober ini bermula pukul 9 pagi hingga 5.30 petang.

Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen berkata, tawaran pengambilan untuk pengajian Oktober kini telah dibuka dan para pelajar boleh mengisi borang secara atas talian pada laman web www.mediu.edu.my.

Beliau berkata, bagi memberi kemudahan untuk pendaftaran, pelajar juga boleh terus datang ke kampus untuk mendaftar dengan pegawai MEDIU sambil mendapat maklumat pengajian secara langsung daripada pensyarah.

“Hari pendaftaran terbuka MEDIU ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada anak muda Malaysia agar dapat melangsungkan impian mereka menyambung pengajian di peringkat menara gading sebagai persiapan untuk membina jati diri dan generasi berwawasan serta berdaya saing pada abad ini.

“MEDIU telah menjadi satu lagi wadah baru dan kontemporari bagi pengajian melalui pembelajaran secara konvensional (on campus) dan secara maya (on line) dengan menawarkan peluang pengajian inovatif dalam bidang pengajian yang pelbagai,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

PHOTO-2018-09-28-07-36-11
Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen.

Ismawi berkata, MEDIU kini menawarkan pengajian daripada enam fakulti pengajian iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Bahasa, Fakulti Kewangan dan Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan.

Jelas beliau, lebih 1,000 pelajar daripada  80 pelbagai negara kini mengikuti pengajian menerusi pendidikan komprehensif yang ditawarkan ketika iini.

Katanya, MEDIU berjaya membangunkan sebuah kampus universiti dengan sasaran 5,000 pelajar pada masa akan datang dalam usaha mewujudkan suasana yang menggalakkan serta mengembangkan penyelidikan pelopor dan unik dengan matlamat menjadi salah satu institusi pendidikan antarabangsa yang terulung.

“MEDIU telah mencapai perkembangan yang memberangsangkan apabila menepati status bertaraf antarabangsa dengan mempunyai 123 kursus  akademik dan 81 darinya telah memperolehi akraditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA.

“MEDIU berbangga dan bertuah menjadi sebahagian daripada agensi yang berperanan merealisasikan cita-cita kerajaan untuk  ‘Mengantarabangsakan Pengajian Tinggi’ selaras dengan visi\ menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Kampus Utama MEDIU itu mampu memuatkan lebih 5,000 pelajar dengan pelbagai kemudahan lengkap dan selesa.

Sementara itu, para pelajar yang berminat mendapatkan maklumat lanjut berhubung peluang melanjutkan pengajian di Mediu, boleh menghubungi  talian  03 90555417 /90555238  /90555416  atau emel [email protected]. – MalaysiaGazette

PHOTO-2018-09-28-07-36-12
Kampus Utama MEDIU menawarkan kemudahan yang selesa dan lengkap kepada para pelajar.