Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Harga saham di Bursa Malaysia mencatat lonjakan pada pembukaan pagi ini, disokong belian sederhana selain menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street, kata peniaga.

Pada 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.80 mata kepada 1,797.10 daripada 1,796.30 Rabu.

Ia dibuka 0.49 mata lebih tinggi pada 1,796.79.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 116 berbanding 43 dengan 152 tidak berubah, manakala 1,562 tidak didagangkan dan 17 yang lain digantung.

Sejumlah 42.66 juta saham bertukar tangan bernilai RM16.53 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast