Neymar

LONDON – Penyerang sensasi, Neymar kini menyamai rekod Liga Juara-Juara UEFA yang dipegang oleh Kaka menerusi jaringan hatrik  sewaktu kemenangan Paris Saint-German (PSG), kelmarin.

Neymar bangkit menjaringkan gol hatrik menentang Crvena Zvezda selepas aksi hambarnya menerusi pertembungan dengan Liverpool sebelumi ini.

Pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan dua gol menerusi sepakan bebas pada perlawanan itu sekaligus menyamai rekod Kaka dalam liga itu.

Pada Rabu, Neymar mengumpul 30 jaringan menerusi 49 perlawanan yang mana menerusi rekod terdahulu, Kaka menjaringkan 30 gol menerusi 89 penampilan.

Sementara itu, Neymar turut menjangkakan tiga pemain yang disifatkannya layak untuk menerima anugerah Ballon d’Or pada tahun ini.

Katanya, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan rakan sepasukan, Kylian Mbappe mempunyai peluang untuk memenanginya.

Namun rakan sepasukannya, Angel Di Maria pula menjangkakan Neymar sendiri berupaya dan layak untuk membolot Ballon d’Or edisi 2018. – MalaysiaGazette