Jose Mourinho.

LONDON – Pengurus Jose Mourinho mendedahkan dia menerima mesej daripada ahli lembaga pengurusan Manchester United.

Namun pengendali kelahiran Portugal itu memberitahu mesej itu merupakan nasihat supaya dia mengendahkan apa yang dibaca di media kononnya akan dipecat semalam selepas perlawanan menentang Newscastle United.

“Orang yang membaca berita di media, yang berkaitan dengan media sosial, mereka fikir mungkin saya telah pergi (hari ini).

“Sekiranya saya tidak menerima SMS dari ahli lembaga mengarahkan saya untuk tidak membaca apa di media, saya mungkin mengambil berat tentang berita itu,” kata Mourinho kepada TalkSport. 

United menewaskan Newcastle 3-2 di Old Trafford, awal pagi ini dalam perlawanan penuh dramatik.

Spekulasi terhadap kedudukan Mourinho timbul sebelum bermula perlawanan itu berikutan permulaan buruk United pada awal musim ini dengan kelab itu ketinggalan 2-0 dalam tempoh 10 minit.

Tetapi Alexis Sanchez menjaringkan gol kemenangan apabila dia menanduk masuk gol kemenangan selepas mendapat hantaran lintang Ashley Young pada minit terakhir perlawanan. – MalaysiaGazette