Datuk Seri Mohamed Ali mendahului pencabar jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan majoriti 775 undi.
Berbaki enam cabang, penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti itu.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Ali mendahului pencabar jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan majoriti 775 undi.

Dalam keputusan tidak rasmi itu, Mohamed Azmin mendapat 9,337 undi, manakala Rafizi memperoleh 8,562 undi.

Jumlah itu adalah undi daripada kira-kira 108,000 ahli PKR berdaftar melibatkan sembilan cabang di Selangor dalam pengundian fasa pertama hari ini.

Cabang yang diadakan pemilihan menerusi sistem e-undi dari jam 9 pagi hingga 5 petang ini ialah Serdang, Subang, Kota Raja, Kapar, Sabak Bernam, Kelana Jaya dan Hulu Selangor.

Dalam pertandingan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin mendahului pesaingnya, Akmal Nasir.

Dr Afif mendapat 1,876 undi, manakala Akmal mendapat 1,725. Seorang lagi calon, Najwan Hilimi hanya memperoleh 465 undi.

Bagi jawatan Ketua Wanita Keadilan, Haniza Talha mendahului dengan 3,696 undi meninggalkan pencabarnya, Fuziah Salleh yang mendapat 2,746 undi.

Keputusan ditangguhkan sehingga 28 Oktober ini berikutan 13 cabang lagi belum mengundi.

Baki cabang itu akan mula mengundi pada 21 dan 28 Oktober ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast