Thierry Henry sebelum merupakan penolong jurulatih skuad kebangsaan Belgium.

PERANCIS – Selepas meninggalkan ke kelab lamanya sebagai pemain, Thierry Henry kini kembali sebagai pengurus baharu Monaco.

Kehadiran semula bekas penyerang Arsenal itu dibuat oleh kelab menerusi laman Twitter semalam dan turut memutanaik gambar Henry dengan tanda pagar #He’sComingHome dan #ForeverMonaco.

Henry merupakan graduan daripada Akademi Monaco dengan rekod 141 permainan untuk kelab itu.

Dia turut membantu menjuarai gelaran juara Ligue 1 pada musim 1996-97.

Khamis lalu, kelab Perancis itu memecat Leonardo Jardim.

Musim lali, Jardim membawa Monaco sebagai naib juara musim 2017 namun berdepan dengan kesukaran awal musim ini.

Mereka menduduki tangga ke-18 dan hanya memenangi satu perlawanan musim ini. – MalaysiaGazette