anak-kanak di kawasan Projek Perumahan Rakyat juga tidak dikecualikan dalam menerima bantuan tersebut sekiranya ibu bapa atau penjaga merujuk anak mereka ke klinik kesihatan kerajan dan dikenalpasti layak.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelbagai program perumahan mampu milik, terutamanya perumahan awam menyumbang kepada peningkatan pemilikan rumah dalam kalangan isi rumah miskin, berpendapatan rendah dan sederhana.

Pemilikan rumah bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (isi rumah B40) di kawasan bandar meningkat daripada 66.1% pada tahun 2014 kepada 73.2% pada tahun 2016.

Kajian Separuh Penggal RMK-11 berkata, kemampuan isi rumah B40 untuk memiliki rumah kos rendah bertambah baik bagi hampir semua negeri pada tahun 2016.

Peningkatan ini adalah berdasarkan indikator  kemampuan pemilikan rumah yang menunjukkan harga rumah berada pada tahap kurang daripada tiga kali ganda pendapatan penengah tahunan isi rumah B40.

Walau bagaimanapun, harga rumah kos rendah di empat negeri, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak adalah berada di luar kemampuan isi rumah B4.

Perumahan mampu milik yang tidak mencukupi di kawasan bandar masih menjadi isu dalam kalangan kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan (isi rumah M40) berikutan kenaikan harga rumah dan kadar sewa.

Secara umumnya, isi rumah M40 mampu memiliki rumah kos rendah dan rumah teres setingkat di hampir kesemua negeri namun, mereka menghadapi masalah kemampuan yang serius sekiranya berhasrat memiliki rumah teres dua tingkat.

Program perumahan yang disediakan oleh agensi awam pula lebih cenderung untuk menyasarkan isi rumah B40 dan kurang untuk isi rumah M40.

Oleh itu, isi rumah M40, terutama yang berada pada tahap pendapatan separuh ke bawah tersepit dalam isu perumahan memandangkan mereka tidak layak untuk membeli rumah kos rendah dan tidak mampu membeli rumah di bawah kategori lain dengan harga rumah yang meningkat secara mendadak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast