Usain Bolt.

SYDNEY – Bintang pecut Usain Bolt mendapat tawaran daripada juara kelab Malta, Valletta namun menolaknya kerana ingin terus kekal di Australia bagi meneruskan impiannya menjadi pemain bola sepak profesional.

Ejennya, Ricky Simms berkata, atlet Jamaica itu sanggup menolak hasrat juara Liga Perdana Malta itu yang dimiliki pelabur Sanban Group dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Juara Olimpik lapan kali itu kini menjalani ujian dengan kelab A-League, Central Coast Mariners sejak tiba di Down Under pada Ogos lalu.

Dia menjaringkan dua gol dalam aksi persahabatan pramusim Jumaat lalu tetapi masih belum ditawarkan kontrak dan Valletta tampil menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya awal minggu ini.

Sementara itu Ketua Eksekutif Valletta Ghasston Slimen berkata, pihaknya berharao Bolt berjaya dalam karier bola sepaknya namun tawaran kelabnya sentiasa terbuka.

A-League akan membuka tirai minggu ini dengan Mariners akan berkunjung ke Brisbane Roar pada Ahad ini namun Bolt tidak boleh beraksi kerana tidak memiliki kontrak. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast