Edern Hazard

ENGLAND – Edem Hazard mahu menghabiskan karier bola sepaknya bersama Chelsea.

Penyerang berusia 27 tahun itu bersama The Blues sejak tahun 2012 dan berjaya membawa impak positif di Stamford Bridge.

Hazard juga berjaya membantu kelab itu menjuarai Liga Perdana Inggeris dan beberapa piala kejuaraan selama enam musim lalu.

Bagaimanapun, spekulasi kuat mengaitkan pemain itu dengan penghijrahan ke Real Madrid.

Malah, bintang kebangsaan Belgium itu juga mengakui mempunyai keinginan untuk menyertai the Galacticos jika hadir peluang itu.

Namun, selepas mengharungi musim EPL di bawah pengurus baharunya, Maurizio Sarri, Hazard memberitahu SkySports, dia mungkin kekal bersama Blues sehingga bersara.

“Saya boleh menamatkan karier bersama Chelsea. Setakat ini tidak ada masalah untuk terus beraksi di Stamford Bridge.

“Saya dan ahli keluarga gembira menetap lama di sini..maka tidak ada masalah jika saya tidak dapat berhijrah ke Sepanyol.

“Saya sayang penyokong kelab the Blues, tidak ada masalah untuk menamatkan karier di sini,” tegasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast