PKR membuat persediaan rapi bagi menghadapi kemungkinan menjalankan proses 'e-undi’ secara 'offline' (luar talian) bagi pemilihan di Sabah untuk mengelak masalah kehilangan data undi berulang.
PKR membuat persediaan rapi bagi menghadapi kemungkinan menjalankan proses 'e-undi’ secara 'offline' (luar talian) bagi pemilihan di Sabah untuk mengelak masalah kehilangan data undi berulang.

ALOR SETAR – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah yang diadakan semula selepas proses pengundian pada 22 Sept lepas dibatalkan, berlangsung pada hari ini dan esok.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Kedah Dr Azman Ismail berkata pemilihan parti itu hari ini hanya melibatkan 10 cabang iaitu Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Sik dan Baling.

“Lima cabang lagi iaitu Jerai, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu dijadualkan (berlangsung pada) Sabtu (esok). Ini pemilihan kali kedua selepas ia ditangguhkan dan dibatalkan ekoran (antaranya) insiden kekecohan yang berlaku di cabang Merbok, Sungai Petani dan Jerai pada 22 Sept lalu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dr Azman berkata hampir 60,000 anggota PKR di negeri ini layak mengundi bagi memilih barisan kepimpinan di peringkat pusat dan cabang pada pemilihan parti itu kali ini.

“Kita lebih bersedia kali ini dan berharap semua anggota parti dapat bertenang membuat undian supaya ia berjalan lancar seperti yang dijadualkan, dan proses pengundian berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, boleh ditambah masa sekiranya bermula lewat,” katanya.

Dr Azman berkata anggota keselamatan juga ditempatkan di kawasan panas seperti di pusat pengundian cabang Merbok untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Dalam sidang media pada malam 22 Sept lepas, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Ismail Yusop dipetik sebagai berkata proses pemilihan di Kedah dibatalkan dan akan diadakan semula pada satu tarikh ditetapkan kelak berikutan terdapat beberapa masalah dihadapi ketika proses pengundian itu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast