SHAH ALAM – Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic menjadi individu paling gembira apabila meraih kejuaraan Piala Malaysia buat kali kelima dalam kerjaya bola sepaknya, malam tadi.

Jurulatih kelahiran Australia berusia 53 tahun itu, sebelum ini menjulang Piala Malaysia tiga kali berturut-turut pada edisi 1995, 1996 serta 1997 sebagai pemain dan pada 2015 selaku ketua jurulatih Selangor.

Perak merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali kelapan selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 4-1 dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam aksi 120 minit, termasuk 30 minit masa tambahan di Stadium Shah Alam.

Sebelum ini, skuad Seladang memenangi Piala Malaysia pada 1926, 1931, 1957, 1967, 1970, 1998 dan 2000.

“Menjulang kejuaraan ini bersama Perak selepas beberapa tahun dan memenangi perlawanan ini setelah ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, adalah sesuatu yang menakjubkan, dan bagi saya, aksi malam ini akan menjadi sejarah dalam bola sepak Malaysia,” katanya pada sidang media selepas perlawanan berkenaan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast