Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR – Ahli  Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menawarkan diri bertanding sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) kerana minat mendalam terhadap sukan bola sepak.

Nik Nazmi berkata, beliau berazam mengetengahkan potensi yang dimiliki pasukan bola sepak itu yang pernah melakar pelbagai kejayaan termasuk menjuarai Piala Malaysia buat tiga musim berturut-turut iaitu pada 1986 hingga 1988.

“Saya nak terjemahkan idea-idea saya di KLFA. Saya mahu buat beberapa projek,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Diminta mengulas mengenai teguran Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam terhadap Ahli Parlimen termasuk daripada pihak kerajaan agar tidak lagi menerima lantikan bagi menerajui persatuan sukan di negara ini, Nik Nazmi berkata, beliau perlu dinilai menerusi apa yang boleh disumbangkannya.

“Kebetulan pula saya adalah ahli politik. Kalau saya buat kerja lain, saya akan tetap minat sukan bola sepak.

“Saya perlu dinilai dari apa yang saya boleh sumbang kepada persatuan seperti dari segi pemasaran organisasi dan kebolehan, bukan atas dasar sebagai ahli politik,” katanya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon sebelum ini dilaporkan turut menawarkan diri bertanding jawatan itu pada pemilihan persatuan tersebut pada 18 November ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast