Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 03 NOVEMBER 2018.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 03 NOVEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata gabungan itu tidak membuat sebarang ketetapan berhubung kemungkinan ada 40 Ahli Parlimen UMNO yang akan ‘melompat’ menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak lama lagi.

“Tiada keputusan, sekiranya mereka tinggalkan UMNO dan jadi bebas dan sokong kerajaan tetapi bukan mereka yang sedang dikenakan tindakan undang-undang. Mereka mahu sokongan kerajaan, dipersilakan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) petang ini.

Kesemua kepimpinan utama PH hadir antaranya, Presiden PH, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, veteran DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Malah menurut Perdana Menteri itu, mereka boleh menyertai PH dengan syarat harus meninggalkan UMNO terlebih dahulu.

“Dia nak masuk satu kumpulan, itu tidak boleh, dia jadi besar dari kita, kena masuk seorang demi seorang, setelah mereka tinggal UMNO dan sokong kerajaan, selepas ini mereka akan kaji, gerombolan itu mengikut surat khabar, mereka 200-300 masing-masing nak bawa kumpulan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mendedahkan terdapat kemungkinan 40 lagi Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti kerana menyatakan hasrat untuk menyertai Bersatu selepas ini.

Menurutnya, mereka juga telah beberapa kali bertemu Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast