Putera Khaleed bin Talal

RIYADH – Seorang putera Arab Saudi yang ditahan kerana rasuah telah dibebaskan.

Pembebasan Putera Khaled bin Talal itu dikongsikan melalui laman sosial.

Anak saudara Raja Salman itu ditahan hampir setahun.

Abang Putera Khaled, Putera Alwaleed bin Talal adalah antara kerabat diraja dan pegawai kanan yang ditahan berhubung rasuah pada tahun lalu.

Pembebasan Putera Khaleed itu dipercayai ada kaitan dengan tekanan ke atas Putera Mohammed bin Salman yang dikaitkan dengan pembunuhan Jamal Khashoggi.

Para penganalisis berkata, keluarga diraja negara itu cuba meredakan krisis pembunuhan wartawan tersebut dengan mendapat sokongan kerabat.

Setakat ini, Kerajaan Arab Saudi belum memberi penjelasan berhubung penahanan Putera Khaleed dan pembebasannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast