Perbicaraan kes pelakon dan pengarah terkenal Datuk Farid Kamil Zahari yang didakwa menampar anggota polis trafik hari ini ditangguhkan berikutan peguam yang mewakili Farid Kamil mengalami kemalangan jalan raya.
Farid Kamil Zahari

KUALA LUMPUR – Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Adam mendakwa pelakon Datuk Farid Kamil berbohong apabila memberitahu beliau telah cuba dirasuah oleh Barisan Nasional (BN) sebanyak RM5 juta.

Menurut Lokman, Farid Kamil telah gagal melaporkan cubaan merasuah dirinya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tambah Lokman, kegagalan beliau berbuat demikian merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009.

“Tidak ada sebab mengapa Farid Kamil tidak melaporkan perbuatan tersebut melainkan kenyataan tersebut direka bagi merosakkan imej mantan Perdana Menteri dan isteri beliau.

“Tidak boleh diterima akal bahawa Farid mengambil masa selama enam bulan untuk membuat kenyataan sedangkan dia tidak membuat laporan kepada SPRM bahawa ada cubaan untuk merasuah beliau,” katanya secara langsung di Facebook rasminya malam tadi.

Farid semasa program stesen TV Al-Hijrah jam 10 malam semalam, berjudul “Nak jadi Artis ke Nak jadi Ahli Politik?”, pelakon itu telah membuat kenyataan bahawa beliau telah cuba dirasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan BN bagi memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Tambah Lokman, Farid tidak perlu takut untuk melaporkan dakwaan itu kerana akta perlindungan saksi wujud ketika kejadian dikatakan berlaku dan dia boleh memohon perlindungan saksi.

“Kenapa kini, setelah Najib tidak lagi berkuasa, Farid Kamil menuduh Najib Rosmah pula yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku terhadap dirinya.

“Perkara ini perlu disiasat oleh pihak polis supaya rakyat mengetahui kenyataan mana yang benar,” katanya lagi.-MalaysiaGazette