Proton Perdana hitam yang dipercayai membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beredar selepas berada hampir empat jam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 19 NOVEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Razak berada hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai memberi keterangan berhubung projek pemasangan panel solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Bekas Perdana Menteri itu meninggalkan bangunan SPRM pada pukul 1.15 petang tadi dengan menaiki kereta Proton Perdana Hitam.

Kereta bernombor pendaftaran TN50 itu adalah kenderaan yang kelihatan masuk ke bangunan SPRM pada pukul 9.23 pagi.

Sumber SPRM ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan mengenai kehadiran Najib  serta memaklumkan bahawa kenderaan TN50 milik Najib telah meninggalkan premis tersebut.

Bagaimanapun sumber itu tidak dapat mengesahkan sebab kehadiran Najib seperti dilaporkan media tempatan semalam.

Media-media melaporkan Najib hadir ke SPRM hari ini bagi menyambung memberi keterangan berhubung projek solar.

Kali pertama Najib memberi keterangan tentang isu sama pada 8 November lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast