SEOUL – Syarikat pembuat cip terkemuka, Samsung Electronics meminta maaf pada pekerja yang mengidap kanser selepas bekerja di kilang-kilang semikonduktornya.

“Kami dengan tulus meminta maaf kepada pekerja yang menderita penyakit dan keluarga mereka,” kata Presiden Samsung Korea, Kim Ki-nam.

“Kami gagal mengurus risiko kesihatan di kilang semikonduktor dan LCD kami dengan betul,” katanya.

Sebelum itu, sekumpulan pekerja mendakwa seramai 320 kakitangan telah menderita akibat penyakit berkaitan pekerjaan selepas bekerja dengan Samsung dan seramai 118 daripada mereka meninggal dunia.

Di bawah perjanjian yang diumumkan awal bulan ini, firma itu akan membayar pampasan sehingga 150 juta won $133,000 (RM558,174.40) bagi setiap kes.

Ia meliputi sebanyak 16 jenis kanser beberapa penyakit lain yang jarang berlaku seperti keguguran dan penyakit kongenital yang dialami oleh anak-anak pekerja.

Skandal itu muncul pada tahun 2007 apabila bekas pekerja di semikonduktor itu di kilang di Suwon, selatan Seoul mereka dia dan keluarga  telah didiagnosis atau mati akibat pelbagai jenis kanser. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast