KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini sungguhpun Wall Street di tutup lebih kukuh, dipengaruhi ketegangan perdagangan yang berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan China menjelang sidang kemuncak G20 bermula Jumaat ini.
Pada 9.02 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.03 mata pada 1,698.96 berbanding 1,701.99 penutup Isnin.
Ia dibuka 3.27 mata lebih rendah pada 1,698.72.
Semalam, laporan berita menyebut Presiden Donald Trump dijangka menaikkan tarif ke atas import China bernilai AS$200 bilion kepada 25 peratus daripada 10 peratus dan mengulangi ancaman untuk mengenakan tarif ke atas baki import China lain. – MalaysiaGazette