Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan telah menarik balik Romaine lettuce dari Amerika Syarikat susulan 32 orang dari negara itu sakit selepas sayur berkenaan dicemari dengan bakteria patogenik Escherichia coli.

Escherichia colimerupakan sejenis mikroorganisma patogenik yang boleh menyebabkan cirit birit, demam dan kesakitan abdomen.

Dalam kes-kes yang tertentu boleh menyebabkan kematian khususnya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti bayi, orang tua atau orang yang mempunyai sistem imuniti yang rendah.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah mengenalpasti pengimport yang mengimport sayur Romaine lettuce dari negara Amerika Syarikat dan menarik balik sayur tersebut dari pasaran mengikut peruntukan di bawah Seksyen 13C(2), Akta Makanan 1983.

Kegagalan mematuhi peruntukan seksyen tersebut adalah satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Manakala pihak penjual diminta menghentikan penjualan serta-merta.

Pengguna pula dinasihatkan menyemak label produk untuk mengenalpasti negara asal produk dan pengguna yang telah membeli sayur Romaine lettucedari negara Amerika Syarikat dinasihatkan supaya tidak memakannya.

Bagi mereka yang mempunyai gejala keracunan makanan seperti sakit perut, loya, muntah dan sakit kepala setelah memakan sayur Romaine lettuce tersebut hendaklah segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital yang berdekatan.

Kementerian Kesihatan, katanya, akan terus meningkatkan pemantauan ke atas sayur-sayuran di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi memastikan pematuhan ke atas perundangan makanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast